Jenama minyak enjin kenderaan terbaik: sejarah dan produk terkini mereka
Minyak enjin atau sering disebut sebagai minyak hitam dalam dunia automobile di Malaysia, diletakkan paling atas yang menentukan hayat enjin kenderaan anda, baik buruk kondisi kenderaan anda adalah bermula disini.
Jadi jika anda orang baru, jangan risau sebab kami akan sebutkan 10 jenama minyak enjin untuk kereta dan motorsikal terbaik sepanjang masa yang anda boleh dapat di pasaran. Boleh dapati dengan mudah dibengkel, kedai sparepart, malahan sekarang dengan hanya beberapa klik saja anda boleh beli secara online.
Lompat ke Tajuk:
Table of contents
Baca dari mula:
Sebutan sedikit tentang latar belakang Jenama dan produk keluaran terkini;
1. Shell
Shell plc ialah syarikat minyak dan gas multinasional British yang beribu pejabat di London, England.
Sudah 125 bertapak di bumi Malaysia, minyak Shell saya letak mendahului senarai 10 terbaik. Terkenal dengan minyak hitam kereta generasi pertama Shell Helix yang diperkenalkan sejak tahun 1987 di Malaysia. Untuk motosikal pula cukup popular dengan keturunan Shell Advance seperti AX7, AX5,AX3 dan full synthetic oil.
Kereta | Motor |
Untuk enjin petrol, diesel dan gas; juga sesuai untuk campuran biodiesel dan petrol/etanol Spesifikasi: API SL/CF; ACEA A3/B3, A3/B4; Kelulusan MB 229.5, 226.5; API SN/CF | 100% Synthetic Minyak enjin Motosikal 4 Lejang sesuai digunakan dalam semua motosikal yang dipasang dengan sistem klac jenis basah. |
2. Castrol
‘’CC Wakefield& Company’ menjadi ringkasnya, Castrol Ltd. Pada tahun 1966 Syarikat Minyak Burmah membeli Castrol dan sebelum ia dibeli oleh Bp pada tahun 2000

minyak pelincir pertama mereka untuk kereta dilancarkan pada tahun 1906, dan syarikat itu telah berada di hadapan teknologi pelincir sejak itu. Walaupun tidak diketahui tarikh tepat kemasukkannya dii Malaysia, tapi masih ingat lagi minyak hitam dalam tin hijau paling murah boleh dibeli pada satu ketika dulu
Pada awal 1990-an Castrol mengetuai pengenalan semula gred pelincir awal mereka yang direka untuk kereta dan motosikal veteran, vintaj, klasik, dan Minyak Klasik Castrol telah dicipta. Gred minyak Klasik Castrol menggunakan teknologi terkini, minyak mineral asas detergen rendah dalam kelikatan yang sesuai di mana kenderaan awal direka untuk berjalan pada masa itu.
Mula dilancarkan pada 1968, Kini Castrol GTX masih lagi menuruskan sumbangan mereka untuk kenderaan bermotor.
3. Motul
Ditubuhkan di New York lebih 150 tahun yang lalu pada tahun 1853, MOTUL berakar umbi dalam perniagaan minyak ikan paus, digunakan untuk tanglung.

Pada tahun 1953 Motul membawa minyak motor Multigrade yang pertama ke pasaran – Motul Century. Pada tahun 1966 Motul Century 2100 memulakan zaman pelincir sintetik, Ini adalah pelincir separa sintetik pertama yang mengandungi semua kelebihan minyak kastor tetapi tanpa kelemahan.
- 1953 – perlancaran minyak hitam Multigrade pertama di dunia
- 1966 – perlancaran minyak hitam Semi-Synthetic Motor Oil pertama di dunia
- 1971 – perlancaran minyak 100% Synthetic Motor Oil pertama di dunia
Jenama pelincir antara paling popular dalam sukan perlumbaan motor dan kereta, mengetengahkan variasi “V” untuk kereta Turbocharger atau High RPM.
100% minyak hitam sintetik dengan Double Ester-Technology untuk kereta lumba dengan enjin pengecas turbo, enjin perlumbaan atau berkelayakan, yang memerlukan output kuasa maksimum dan peningkatan rev terpantas.
Dalam dunia dua roda nama Motul adalah tidak perlu diperkenalkan lagi, minyak Motul menjadi pilihan untuk motosikal 2 lejang dan 4 lejang manual samada automatik. Agak mahal tapi berbaloi.
![]() Motor | ![]() Kereta |
Standard: JASO MA2,API SL |
|
4. Mobil 1
Lebih 40 tahun yang lalu, di perkenalkan minyak motor Mobil 1 ke pasaran, menjadikannya minyak motor automotif sintetik penuh yang pertama tersedia di dunia.

Yang ni kita boleh lihat terpampang pada kereta F1 Red Bull team 2022, seperti pesaing-pesaing lain mereka juga sediakan pelbagai minyak enjin, penapis minyak, gris casis, cecair transmisi dan pelincir gear.
Minyak hitam Sintetik Penuh Mobil 10W-40 Advanced direka untuk enjin petrol dan diesel terkini
Table of contents
5. Petronas

Ok, kita break sekejap dengan jenama antarabangsa, ini dia gergasi minyak Dunia milik Malaysia. 21 Mac 2015, Kuala Lumpur – PETRONAS telah memperkenalkan PETRONAS Syntium dengan CoolTech , jenama minyak pelincir untuk kereta penumpang keutamanya, yang telah direka untuk melawan haba enjin yang berlebihan bagi mengekalkan prestasi enjin yang optimum untuk bebas masalah memandu.
Dengan memanfaatkan pengalaman teknikal selama 20 tahun dalam Formula Satu, PETRONAS telah membangunkan rangkaian bahan api perlumbaan, minyak enjin dan cecair pelincir yang lain.
Seperti Syntium 1000 yang dilancarkan pada Julai 2001; pada masa itu, barisan Syntium masuk ke pasaran Malaysia sebagai minyak pertama di Malaysia yang memenuhi piawaian API ‘SL’ baharu (Institut Petroleum Amerika), piawaian ‘global’ tertinggi pada masa ini.
Sekarang Syntium generasi baru terus menjadi taruhan Petronas
6. Agip

Agip adalah nama jenama Eni, sebuah syarikat besar Itali, yang terlibat dalam industri minyak dan gas. Syarikat itu ditubuhkan pada pertengahan tahun 1920-an sebagai Agip, dan selepas banyak penggabungan pada tahun 1950-an, menukar namanya kepada Eni, mengekalkan label “Agip” untuk produk komersial
Eni Deutschland ialah anak syarikat 100% syarikat minyak Itali Eni, yang diasaskan pada 1926 sebagai Agip (Azienda Generale Italiana Petroli) dengan tujuan untuk mendapatkan bekalan tenaga negara dan mengurangkan pergantungan Itali pada import. Selepas tamatnya Perang Dunia II, pengasas syarikat Enrico Mattei memberikan dorongan penting untuk memacu ke hadapan penerokaan hidrokarbon dan pembangunan teknologi canggih dalam bidang ini, yang akhirnya membawa kepada penubuhan E.N.I. (Ente Nazionale Idrocarburi = Agensi Hidrokarbon Kebangsaan) pada tahun 1953. Oleh itu Mattei telah menyumbang dengan ketara kepada ledakan dalam industri minyak Itali.
Eni i-Sint – Minyak berprestasi tinggi sesuai untuk semua enjin (petrol atau Diesel) dalam setiap keadaan operasi.
7. Eneos
ENEOS Corporation ialah syarikat minyak Otai nombor 1 di Jepun. Syarikat itu ditubuhkan pada 1888 sebagai “Minyak Nippon” (Nihon Sekiyu), atau singkatannya “Nisseki”. Pada tahun 1999, syarikat itu bergabung dengan pembekal minyak terdahulu “Mitsubishi Oil” (,Mitsubishi Sekiyu)
Antara minyak hitam terbaik dari Eneos
ENEOS 0W-20 High Performance Fully Synthetic dengan spesifikasi ILSAC GF-5 baharu adalah peningkatan dalam prestasi minyak enjin berbanding spesifikasi GF-4 semasa. Minyak ENEOS GF-5 membekalkan penjimatan bahan api yang lebih baik, meningkatkan ketahanan sistem emisi, meningkatkan kebersihan omboh, mengurangkan enapcemar enjin dan perlindungan pengecas turbo yang lebih baik

MINYAK ENJIN ENEOS SN C3 5W-30 memastikan pelinciran pantas dan kestabilan haba yang tinggi, sambil memastikan selang saliran yang lebih lama, pembakaran yang lebih bersih dan penggunaan minyak enjin yang rendah.
ENEOS X PRIME meneruskan peningkatan dalam kecekapan bahan api. Berbanding dengan produk konvensional mereka(gred kelikatan yang sama) API SN/RC ILSAC GF-5, mereka telah berjaya membuatkan minyak itu mencapai kecekapan bahan api maksimum 2% untuk kereta penumpang.
8. Valvoline

Ditubuhkan pada tahun 1866, warisan syarikat itu menjangkau lebih daripada 150 tahun. Valvoline berada di kedudukan sebagai jenama minyak motor kereta penumpang No. 3 dalam pasaran DIY mengikut volum. Jenama top di Amerika Syarikat dan Kanada
mereka membekalkan minyak hitam terbaik dengan teknologi MaxLife untuk enjin melebihi 75,000 batu perjalanan.
Set minyak hitam Valvoline, sintetik penuh atau heavy duty mempunyai formula berkesan untuk memberi perlindungan kepada enjin kenderaan anda.
Bukan itu sahaja mereka juga terlibat dalam pembangunan minyak motor untuk kerta Hybrid elektrik. Valvoline Hybrid Vehicle Full Synthetic akan memenuhi piawaian industri terkini dan dijual dalam gred kelikatan 5W-30 dan 0W-20, meliputi kebanyakan model hibrid yang sedang digunakan, termasuk semua kenderaan hibrid biasa yang dikeluarkan oleh Toyota, Honda dan pengeluar kereta lain
9. STP

Nama STP terkenal dengan produk rawatan minyak hitam, pelincir rantai, minyak gris, dan pembersih enjin. STP dimulakan oleh tiga orang ahli perniagaan iaitu pada tahun 1954 dengan bermodalkan hanya $3000
Produk pertama mereka juga untuk berkenaan booster minyak, Ia membantu minyak motor kereta menahan penipisan pada suhu dan tekanan tinggi.
10. Total
Total berasal dari Paris pada tahun 1924 sebagai Compagnie Française des Pétroles (“Syarikat Petroleum Perancis”) atas inisiatif kerajaan Perancis. Dikenali sebagai CFP, syarikat itu terlibat dalam penerokaan dan pengeluaran terutamanya dari Timur Tengah.
Total terbabit dalam perniagaan minyak enjin untuk kereta, motosikal, trak & bas, kerja awam, kraf marin & riadah dan pertanian.
Kini anda boleh mendapatkan minyak Total variasi Total Quarzt yang tersedia untuk pelbagai jenis kenderaan dan enjin berlainan
11. Pennzoil
Hasil gabungan antara South Penn Oil Company, STETCO Petroleum Corporation dan Zapala Offshore Oil Company terbentuklah syarikat Pennzoil pada tahun 1963

Pennzoil menawarkan minyak motor, penapis, cecair dan banyak lagi untuk kenderaan penumpang kepada kereta berprestasi tinggi, ia menyediakan perlindungan yang anda perlukan.
ramai menganggap Pennzoil Platinum sebagai salah satu minyak motor sintetik terbaik kerana prestasinya.
Minyak hitam yang sangat baik untuk melincirkan enjin disamping mengekalkan kuasa kudanya serta memperolehi kecekapan bahan api.
Untuk motosikal pula Pennzoil mereka khas untuk melindungi enjin, dirumus dengan pakej aditif unik terpilih untuk perlindungan dari haus yang luar biasa,
Pennzoil Ultra Platinum Full Synthetic Motor Oil adalah yang terkini.
Table of contents
Cara memilih minyak hitam yang betul
sejujurnya agak mudah: yang pertama lihat dalam manual kereta anda.
Manual pemilik untuk kereta anda akan menyenaraikan berat minyak yang disyorkan, biasanya dengan format standard seperti 10W-30. Nombor itu merujuk kepada kelikatan (atau ketebalan) minyak yang perlu anda gunakan.
Sentiasa pilih minyak daripada jenama yang memaparkan simbol starburst yang menunjukkan minyak telah diuji oleh American Petroleum Institute (API), dan Jaso
kod viscosity
Kod viscosity seperti yang dilebal pada botol minyak hitam, ialah kod yang menunjukkan kecepatan minyak mengalir pada suhu awal dan semasa enjin sampai puncak operasi. Ditulis sebagai single-grade seperti SAE 30 dan Multi-grade seperti 10w-30.
Di Malaysia atau rantau Asia ni kita tak ada musim sejuk jadi lagi mudah memilih jenis minyak hitam untuk dipakai pada kereta atau motor anda. Negara iklim tropika ini ramai mencadangkan gred 15w adalah baik, namun anda boleh gunakan gred kebawah 10w, 5w, atau 0w lebih laju mengalir dari awal permulaan enjin.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kelemahan yang perlu dipertimbangkan. Sebagai contoh, oleh kerana stok asas yang lebih ringan digunakan dalam formula 5W, pelincir mungkin mempunyai lebih banyak penyejatan daripada 10W atau 15W. 5W mungkin juga berharga lebih daripada 15W dan memecahkan lebih banyak bahan penambah kelikatan dalam formula.
minyak hitam synthetic, semi-synthetic atau mineral
Terdapat begitu banyak minyak enjin di luar sana, yang manakah sesuai untuk kenderaan anda? Nah, terdapat tiga jenis asas: mineral, campuran sintetik(semi-synthetic) dan sintetik penuh(full-synthetic).
Minyak mineral adalah yang paling kurang ditapis daripada ketiga-tiganya, yang bermakna kosnya lebih murah, tetapi juga memberikan perlindungan, prestasi dan ekonomi yang kurang daripada pilihan lain.
Minyak enjin bahagian sintetik ialah campuran minyak mineral dan minyak sintetik, untuk memberikan prestasi tambahan, tetapi masih pada kos yang lebih rendah daripada minyak enjin sintetik penuh.
Sintetik penuh ialah minyak enjin yang paling mahal kerana ia sangat ditapis, tetapi menawarkan perlindungan dan penjimatan terbaik kepada setiap kenderaan.
Minyak Hitam Kereta Proton
Bagi pengguna kereta Proton tahukah anda telah pun mempunyai minyak sendiri, keluaran Proton. 3 jenis minyak hitam khas untuk kereta Proton yang boleh dipillih samada minyak mineral, semi-synthetic atau fully-synthetic. Harga semasa boleh berubah pada bila-bila masa tanpa notis.
PRODUCT | PGO 1 | PGO 2 | PGO 3 | PGO 4 |
Viscosity, API and specification | SAE 5W-30, API SP ILSAC GF-6A | SAE 5W-30, API SN ILSAC GF-5 S | AE 10W-30 API SN ILSAC GF-5 | SAE 15W-40 API SN |
Lubricant Type | Fully synthetic | Fully synthetic | Semi-synthetic | Mineral |
Pack size | 5-litres | 4-litres | 4-litres | 4-litres |
Retail Price | RM163 | RM159 | RM105 | RM78 |

Photo by Mathias Reding: https://www.pexels.com/photo/a-can-of-lubricant-11238583/
https://wiki.totalenergies.com/en/country/total-malaysia