Motor skuter bau minyak petrol nak kena repair apa?

Tak perlu risau motor nak kena overhaul kalau motor skuter bau minyak petrol kerana ia berpunca oleh dua perkara sahaja samada paip getah minyak bocor atau masalah pada karburator, kalau Fi(fuel injection) tak perlu lah cari karburator memang tak ada.

Punca bau minyak petrol



Punca minyak petrol bocor yang paling selalu berlaku pada motor skuter ialah disebabkan getah paip saluran dari tangki ke karburator tercabut atau pecah. Silalah digantikan dengan yang baru, murah saja getahnya dalam rm 10 belum campur upah.

motor bau minyak petrol

Yang kedua penyebabnya ialah karburator overflow, jadi cuma kene servis karburator atau repair, ganti komponen dalaman karburator.

bila motor bau petrol biasanya motor jadi semput di awal rpm itu tandanya masalah pada karburator dan kalau tiba-tiba mati masa jalan dan nampak petrol tumpah tu kemungkinan besar paip tercabut.

Apa nak buat?

Kalau biasanya main spanar boleh buat sendiri, buka kulit dan sambung je paip petrol atau gantikan paip baru. Atau hantar sahaja ke bengkel untuk repair kalau tak mampu. Tonton video dibawah untuk tahu dimana lokasi punca kejadian 🙂 Harap bermanfaat..

YouTube video