Tahniah kepada Honda Vario 150 Malaysia kerana akhirnya bila terpandang ciri-ciri yang ditawarkan oleh setiap motosikal keluaran baru yang kali ini saya katakan “ wauu menarik”. Pada kebiasanya filturnya hampir sama hanya “copy-paste” tukar baju baru dah kata motor baru.
Honda menawarkan pelbagai filtur menarik pada model scooter mereka kali ini, dan paling saya suka adalah pada panel meternya. Anda boleh set masa untuk tentukan waktu tukar minyak enjin mengikut jarak kilometer yang anda mahu. Namun begitu haruslah mengikut panduan pengeluar contohnya setiap 1000km perjalanan sila lah set pada meter skuter Vario ini. Dengan ini anda dapat membuat penukaran tepat kerana ada peringatan setiap kali naik motor

Review Skuter Honda Vario 150
3 warna pilihan ditawarkan oleh Honda iaitu Force Silver Metalic, Sword Silver Metallic, Pearl Magellanic Black. Corak sticker yang simple tapi nampak cantik bila dipadankan dengan rupa bentuk badan yang sporty, membuatkan banyak hati yang berkenan.
Enjin 150cc 4 lejang sememangnya lasak dan cukup bertenaga untuk memecut di trafik light jika pada waktu anda sudah terlewat untuk pergi bekerja. Tak ada karburator kerana Vario menggunakan sistem pancitan bahan api PGM-FI (Programmed Fuel Injection) untuk memberikan penggunaan minyak petrol yang lebih optimum, jimat minyak la senang cakap.
Start enjin macam biasa tekan saja button pada sebelah kanan bar handle untuk hidupkan enjin. Tapi jangan terlampau asyik layan kemudahan ini nanti makan bateri, pada enjin sejuk waktu pagi gunakan kick starter jika berkemampuan
Rantai sporket tak perlu tukar kerana motor skuter menggunakan belting untuk menggerakkan roda belakang. Cukup masa servis belt atau tukar.
Rim saiz 14 inci macam biasa kecil tapi kerana itu membuatkan anda lincah mengawal didalam bandar. Kelebihan bila pakai rim kecil bila nak tukar tayar adalah murah kosnya.



Spesifikasi Vario 150
Engine
Type | Single Cylinder, Liquid Cooled, SOHC 4-Stroke 2 Valve |
Displacement | 149.30 cm³ |
Bore X Stroke | 57.300 mm X 57.907 mm |
Compression Ratio | 10.6 : 1 |
Max. Power | 9.67 N.m @ 8,500rpm |
Max Torque | 13.4 N.m @ 5,000rpm |
Engine Oil Capacity | 0.9 ℓ (New) 0.8 ℓ (Exchange) |
Fuel System
Type | PGM-FI (Programmed Fuel Injection) |
Fuel Tank Capacity | 5.5ℓ |
Electrical System
Starter | Electric Auto Start |
Battery Capacity | 5.0 A.h |
ACG Output | 12 V |
Drivetrain
Clutch Type | Automatic Centrifugal Clutch Dry |
Transmission Type | Automatic / V-Matic |
Chassis
Frame Type | Under Bone Type |
Dimensions (L x W x H) | 1919 mm X 679 mm X 1062 mm |
Wheelbase | 1,280 mm mm |
Seat Height | 769 mm |
Ground Clearance | 132 mm |
Curb Weight | 112 kg |
Suspension, Wheels & Brake
Suspension Type | Front Rear | Telescopic Unit Swing Arm |
Rim Size | Front Rear | 14 M/C x MT1.85 14 M/C x MT2.50 |
Tyres | Front Rear | 90/80-14M/C 43P (Tubeless) 100/80-14M/C 48P (Tubeless) |
Brakes | Front Rear | CBS, Hydraulic Disk CBS, Mechanical Leading Trailing |