Model terhad Ducati Panigale Replika Juara Motogp dan WSBK

Model terhad Ducati Panigale – Berita baik untuk peminat Ducati, sempena memperingati kejayaan team Ducati memenangi dua siri perlumbaan tahunan terbesar untuk sukan lumba motor iaitu kejohanan Motogp dan WSBK, Ducati mengeluarkan dua model terhad motor juara sebanyak 260 unit sahaja, sempat lagi tu brader…limited edition tuu

Model replika juara Motogp 2022 yang ditunggangi oleh Francesco Bagnaia #63 serta motor replika Álvaro Bautista #19  juara WSBK. Yang paling menarik, model ini benar-benar eksklusif setiap bahagian akan ditandatangani dalam bentuk asal pada tangki oleh sang juara, untuk membuat objek yang unik dan tidak boleh diulang lagi.Tandatangan itu kemudiannya akan dilindungi dengan lapisan varnis yang jelas.

Model terhad
Panigale Replika Juara Motogp dan WSBK

Panigale V4 S replika Motogp dan WSBK

Semua ini akan diterapkan pada Superbike Ducati iaitu super-special Panigale V4 S. Di quote dari lama web Ducati 

Tahun ini akan kekal di hati semua Ducatisti dan itulah sebabnya kami berbesar hati mempersembahkan dua siri khas yang dibuat untuk meraikan dengan penuh gaya pada 2022 yang hebat ini: dua Panigale V4 S yang sangat istimewa dihasilkan dalam hanya 260 contoh sempena tarikh penubuhan Ducati, 1926.

Perlukan Maklumat Lain? Ini post kami yang top:

Ducati

Spec Ducati Panigale Replika

DISPLACEMENT 1,103 cc , POWER158.5 kW (215.5 hp) @ 13,000 rpm, TORQUE12.6 kgm (123.6 Nm, 91.2 lb ft) @ 9,500 rpm, FRAME Aluminum alloy Front Frame with optimized stiffnesses, DRY WEIGHT172 kg (379 lb)