Motor bersiul bunyi kucing apa punca dia tu?

Motor bersiul atau macam bunyi kucing sukar nak jelaskan dengan tepat, tambahan lagi bila kita sendiri tidak mendengarnya. Bersiul macam mana? Bersiul macam orang “kegembiraan” atau bersiul angin?. Tapi disini ialah yang paling biasa berlaku bila enjin motor berbunyi seperti orang bersiul.

Motor bersiul bunyi kucing apa punca dia tu?

Motor bersiul kerana Bearing rosak

Ya bila bearing rosak ada yang bersiul dan ada yang bunyi kasar “krak krak” seperti rantai spoket rosak. Jika datang dari enjin, pomen perlu buka enjin dan check, berkemungkinan bearing yang terlibat:

  • Bearing Crankshaft
  • Bearing Clutch
  • Bearing GearBox
  • Bearing Sprocket(dalam)

Enjin berbunyi macam kucing

Kita pomen, sebut bunyi ni “bunyi kucing” – Bila berjalan dia akan berbunyi manja macam kucing datang dari arah enjin, anda boleh dengar pada motosikal lama seperti Honda C70 atau RXZ 135 pun kerap berlaku.

Punca dia juga sukar dikatakan dengan tepat, komponen enjin perlu kita check satu persatu. Yang biasa keluarkan bunyi seperti ini ialah

  • Bush Clutch dalam enjin haus/rosak
  • Tapak bearing Crankshaft longgar
  • Gearbox rosak
  • Balancer bearing

Repair masalah motosikal  bersiul ni banyak duit pakai untuk pulih seperti baru, banyak part perlu tukar. Perlu try and error atau semua part terus tukar baru.Image by Fabio Grandis from Pixabay 





Leave a Comment