Punca motor pulas minyak semput: hujung tenggelam

Jika motor anda menggunakan sistem karburator, ada beberapa kemungkinan berlaku bila motor pulas minyak jadi semput iaitu masalah pada sistem nyalaan enjin atau Karburator. Untuk mengenal pasti punca secara tepat agak sukar dikatakan tapi tips nya untuk mengesan perkara ini lihat bila ia terjadi. 

karburator motor c70 semput
Karburator C70

Motor lama simpan 

Jika terjadi pada motor yang lama simpan, suspek utamanya ialah pada karburator. Petrol didalam takungan karburator menyebabkan “bergaram” lalu menyebabkan liang-liang minyak seperti pada main jet atau pilot jet menyempit. Perlukan diservis karburator untuk mengatasinya.

Tiba-tiba tengah jalan jadi semput

Yang utama di diagnos ialah pada sistem nyalaan enjinnya iaitu seperti pada spark plug, Coil dan Cdi, bateri pada sesetengah motorsikal. Juga berkemungkinan bendasing masuk ke karburator dan menyekat jet-jet minyak.

Motor semput selepas modifikasi atau buat enjin

Karburator perlu disetting supaya memenuhi keperluan enjin yang sudah di upgrade itu. Biasanya suapan yang lebih diperlukan seperti membesarkan main jet dan pilot jet dapat mengatasi masalah semput bila pulas minyak.

YouTube video
https://youtu.be/5hjSN_lamD4





Leave a Comment