Punca motor Yamaha Y15 tak mahu hidup, tekan starter pun tak berbunyi, lampu check enjin menyala, berkelip cepat berterusan. Bila dapat error 96 ditunjukkan pada meter ia adalah berpunca dari bateri lemah, caj bateri atau tukar beteri terus.

Y15 bateri lemah
Seperti yang berlaku kepada saya, hanya caj bateri pada permulaan malangnya masalah kembali berlaku beberapa hari selepasnya. Jadi terpaksa digantikan kepada bateri baru sebagai penyelesaiannya dan setelah menukar bateri lampu check enjin hilang dengan sendirinya, tak payah reset, selesai masalah.
Tukar jelah bang… harga bateri Y15 bukan mahal sangat dalam rm60 ke 80 je.