Bagaimanakah anda tahu jika tayar kereta anda telah mencapai tahap haus maksimum? Ini adalah soalan yang sering ditanya oleh pemilik kereta. Tahap haus tayar adalah perkara penting yang perlu diberi perhatian kerana ia mempengaruhi prestasi dan keselamatan jalan raya.
Secara umum rata-rata antara kita tunggu tayar nampak “botak” baru tahu yang tayar itu sudah haus teruk dan perlu diganti baru. Tapi sebenarnya ada panduan ditetapkan oleh rata-rata pengeluar tayar iaitu tahap ketebalan bunga paling minimum haruslah setinggi 1.6mm.
Satu cara untuk menentukan tahap haus tayar adalah dengan merujuk kepada penunjuk haus pada tayar.
Biasanya, terdapat penunjuk haus yang terletak di beberapa tempat di dinding sisi tayar. Pada tayar Michelin contohnya, anda boleh mengenal pasti penunjuk haus dengan mudah dengan melihat simbol Lelaki Michelin yang dipaparkan.
Apabila bunga atau thread tayar turun sama aras dengan Michelin Man, ia menunjukkan bahawa Ini adalah isyarat jelas bahawa tayar telah mencapai tahap haus maksimum.
Atau anda boleh gunakan alat pengukur tayar untuk tayar jenis lain.
Penunjuk haus pada tayar Michelin adalah berfungsi sebagai isyarat bahawa tayar perlu diganti untuk mengekalkan keselamatan jalan raya. Jika kedalaman bunga tayar telah mencapai tahap minimum yang selamat, iaitu 1.6mm, tayar perlu diganti segera.
Kenapa Tayar Haus Tidak Elok Dipakai
Adalah penting untuk menggantikan tayar yang telah mencapai tahap haus maksimum. Tayar yang haus tidak memberikan cengkaman yang baik pada jalan, yang boleh menyebabkan masalah semasa memandu terutamanya dalam keadaan cuaca yang tidak baik.
Selain itu, tayar yang haus juga mempengaruhi prestasi brek kereta. Jika tayar tidak mempunyai cengkaman yang baik, ia akan mengambil masa yang lebih lama untuk berhenti semasa membrek, yang boleh menyebabkan kemalangan jalan raya.
Jadi, Jangan mengabaikan tahap haus tayar kerana ia adalah perkara yang penting untuk keselamatan anda dan penumpang anda. Pastikan anda memeriksa secara berkala tahap haus tayar dan menggantikan tayar yang telah mencapai tahap haus maksimum.