Fungsi lighting coil dalam magnet motorsikal sangat penting untuk menjalankan sistem lampu pada motorsikal. Pada asasnya, terdapat dua coil dalam sistem ini iaitu stator coil dan
lighting coil-coil ini bertanggungjawab untuk menghasilkan arus AC (arus terus). Gegelung wayar pada coil ini menghasilkan kuasa elektrik, di mana semakin laju pusingan enjin, voltan yang dihasilkan juga semakin tinggi.
Dalam sistem elektrik motosikal 12 volt biasa, gegelung coil lampu ini direka untuk menjana voltan sekitar 25-30 volt AC atau lebih pada RPM enjin yang lebih tinggi berbeza mengikut pengeluar.
Voltan ini lebih tinggi daripada voltan bateri motosikal untuk membolehkan pengecasan yang berkesan.
Lighting coil berfungsi untuk menyediakan kuasa elektrik yang diperlukan untuk menyalakan lampu.
Apabila enjin dihidupkan, api akan keluar dari coil itu dan mengalir ke suis handle motorsikal (on-off switch lampu).
Dan setelah suis lampu di On, aliran elektrik ini akan disalurkan ke lampu depan atau lampu belakang untuk dinyalakan.
Coil Untuk menghidupkan lampu
Tugas coil ini ialah untuk menghidupkan lampu depan dan belakang namun untuk mengelakkan voltage yang tinggi daripada merosakkan/membakar mentol lampu yang hanya mampu menerima voltan 12 volt, sistem ini memerlukan sebuah rectifier pada litarannya.
Rectifier inilah akan menstabilkan voltan dan juga untuk mengubah arus AC kepada arus DC (arus terus) sebelum disalurkan ke lampu.