Lampu N Motor Tak Menyala: pendawaian elektrik motosikal siri 6

Ok seterusnya belajar bab wiring motosikal pada siri 6 ini ialah mengenai pendawaian lampu kecil pada meter ia lampu N atau Neutral. Pendawaian yang sama boleh dipraktikan untuk lampu Top Speed. Pembelajaran ini penting bagi kerja mekanik untuk membaiki masalah lampu N motor tak menyala atau berkelip ataupun malap.

lampu N pada meter motor

Fungsi lampu N ialah lampu untuk maklumkan pertukaran gear, posisi N (lampu menyala) ialah menunjukkan anda dalam keadaan free gear dimana posisi sebelum memulakan perjalanan atau berhenti di traffic light. Ia juga untuk mengingatkan anda bahwa anda sudah ON kan switch.

Normal bagi sistem motosikal lampu N akan terpadam setelah anda tukar ke gear 1 dan seterusnya.

Perlukan Maklumat Lain? Ini post kami yang top:

Lampu N tak Menyala

Punca lampu N tak menyala boleh disebabkan beberapa perkara:

  • 1.Mentol terbakar
  • 2,Tak ada bateri
  • 3.Kunci rosak
  • 4.Masalah pada pendawaian
  • 5.Masalah pada suis atau sensor gear

Lampu berkelip-kelip biasanya hanya masalah pada mentol yang berkemungkinan tidak kemas pemasangan.

Bagaimana sistem pendaiwaian elektrik untuk lampu N

Pertama kali untuk lampu N berfungsi ia perlukan sumber elektrik dari bateri. Seakan sistem hon yang kita belajar sebelum ini.

Karen mengalir ke switch utama, apabila kunci di ON kan koneksi litar pendawaian akan bersambung, menghantar karen terus ke lampu meter N. 

Dari N akan berhubung pula dengan suis sebagai grounded(bumi). Semasa membuat pertukaran gear sensor gear akan berubah posisi yang menyebabkan koneksi terputus lalu lampu terpadam. Lihat diagram pendawaian lampu N dibawah:

diagram lampu N motosikal

Cara membaiki lampu tak menyala

Untuk memulakan kerja mekanik kita dalam mengatasi masalah ini bermula dengan pastikan bateri berfungsi dengan baik terlebih dahulu.

Kedua periksa mentol kecil untuk N, jika rosak biasanya hitam terbakar sila gantikan mentol. Jika mentol tidak rosak, masa untuk check wiring, bermula dengan On kunci dan test positif dan wayar bumi untuk lampu tersebut. 

suis gear untuk lampu N
sensor gear

Pastikan semua berhubung(tidak putus). Tipsnya ialah gunakan wayar tambahan sementara bagi memudahkan kerja, buat redirect wayar anda akan tahu samada wayar atau sensor rosak. Fahami gambaran diberi diatas. Semoga berjaya!

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Scroll to Top