Masalah kereta overheat adalah perkara yang sering juga dialami oleh pemilik kereta. Walaupun bentuk dan model kereta berbeza, asas sistem penyejuk bagi kereta adalah sama iaitu water coolant, minyak enjin, dan angin (ketika bergerak).
Penyelenggaraan kereta yang tepat adalah penting untuk mengelakkan masalah overheating. Terdapat beberapa kesilapan yang sering dilakukan oleh pemilik kereta yang boleh menyebabkan enjin kereta overheat.
Minyak enjin yang kotor atau terlalu lama tidak ditukar boleh menyebabkan enjin berfungsi dengan tidak cekap dan meningkatkan risiko overheating.
Masalah tangki penyejuk:
Jangan lupa juga untuk memeriksa tangki air penyejuk kereta anda.
Tanah atau kotoran yang menghalang sistem angin pada tangki air, dan mungkin ada kebocoran pada tangki atau hose paipnya. Pastikan tangki air sentiasa bersih dan tiada kebocoran.
Kipas tangki tidak berfungsi:
Terakhir, pastikan kipas kereta berfungsi dengan betul. Kipas yang tidak berfungsi dengan baik tidak dapat menyejukkan enjin dengan efisien, yang boleh menyebabkan overheating.
Jika anda mengesyaki kipas kereta tidak berfungsi, segera adukan masalah ini kepada mekanik atau ejen kereta(jika kereta baru) anda untuk mendapatkan penyelesaian yang betul.
Penyelenggaraan berjadual secara kerap, menggunakan penyejuk yang betul, memeriksa dan menukar minyak enjin, dan memastikan semua komponen sistem penyejukan berada dalam keadaan terbaik adalah pertahanan terbaik anda terhadap masalah yang berpotensi membawa bencana ini