Sambungan siri elektrik motosikal seterusnya ialah mengenai pendawaian lampu brek, kita akan menyelesaikan juga masalah lampu brek tak menyala.
Lampu brek ialah penting bagi sesebuah kenderaan di atas jalanraya untuk memberitahu pemandu di belakang tentang tindakan pemberhentian, peranan penting dalam mengelakkan kemalangan.
Mentol lampu belakang terbakar: Sebagaimana mentol-mentol lain, mentol lampu brek juga mempunyai jangka hayat. Sekiranya mentol sudah terbakar atau rosak, gantilah dengan yang baru.
Suis brek tak berfungsi: Suis brek memainkan peranan dalam mengaktifkan lampu brek apabila pedal atau lever brek ditekan. Jika suis rosak, lampu brek tidak akan menyala.
Masalah pendawaian: Kadang-kadang, masalah boleh timbul dari pendawaian yang rosak atau putus. Pastikan semua pendawaian berfungsi dengan baik dan tidak ada kerosakan.
suis brek kaki
Sebagai mekanik kita perlu check mentol terlebih dahulu, jika mendapati ia masih elok kita periksa suis brek yang biasa bermasalah seperti larasan suis tidak cukup, atau mungkin ia sudah rosak.
Terdapat juga masalah seperti suis brek larasan terlalu tegang yang menyebabkan masalah lampu brek terus menyala, tak padam walaupun brek tidak digunakan. Ini menyebabkan pembaziran kuasa bateri.
Prinsip Kerja Sistem Lampu Brek Motosikal
Sebelum kita memahami cara membetulkan lampu brek, mari kita fahami dahulu bagaimana sistem lampu brek bekerja. Sistem lampu brek motosikal, seperti komponen elektrik lain pada motosikal seperti lampu signal, horn atau lampu-lampu kecil pada meter yang kita sudah pelajari sebelum ini, memerlukan bekalan elektrik dari bateri.
Apabila kunci utama dibuka (dalam keadaan ON), aliran elektrik akan mengalir ke suis brek depan dan belakang. Apabila lever atau pedal brek ditekan, suis akan aktif dan membentuk litar yang lengkap dengan tanah, membolehkan lampu brek menyala. Ini memastikan bahawa lampu brek akan menyala dengan segera dan memberi amaran kepada pemandu di belakang anda. Lihat gambaran litar elektrik dibawah: