Pendawaian Signal Tidak Menyala: belajar elektrik motor siri 4

Signal atau isyarat membelok dibina untuk keselamatan jalanraya, oleh itu ia adalah filtur wajib bagi semua kenderaan dijalanraya termasuk motosikal. Dalam siri 4 belajar sistem elektrik motorsikal kita akan pelajari bagaimana sistem signal pada motosikal berfungsi. Pembelajaran ini penting untuk mekanik dalam membuat wiring motosikal atau membaiki signal tidak menyala.

Dalam sistem ini adalah mudah untuk difamahami cara kerjanya, iaitu ia berfungsi dengan menggunakan kuasa bateri bukan dari coil magnet sperti pembelajaran sebelum ini. Dan komponen dalam sistem signal motor terdiri dari bateri, relay(condensor), swith signal(kanan/kiri) dan mentol.

Masalah signal tidak menyala:

Ada beberapa kemungkinan penyebab signal tidak menyala iaitu seperti mentol terbakar, switch rosak, relay rosak atau wiring shot.

mentol terbakar

Mentol yang terbakar boleh menghalang penghantaran lampu isyarat. penggantian mentol yang baru diperlukan, jika kerap atau semua terbakar perlu check wiring nya.

Perlukan Maklumat Lain? Ini post kami yang top:

switch handle rosak

Komponen switch handle yang rosak juga boleh menjadi punca masalah signal. Repair atau penggantian baru diperlukan

relay rosak

Jika relay (condensor) mengalami kerosakan, signal tidak akan berfungsi dengan betul. Penggantian komponen baru adalah tidak mahal sekitar 20 atau 30 ringgit bagi kerja mudah(bergantung model),

wiring putus atau shot circuit

Masalah dalam kabel-kabel atau short circuit juga boleh menyebabkan signal tidak beroperasi seperti yang sepatutnya. Perlukan pendawaian balik.

lampu Signal tidak berkelip

Relay atau kadangkala dikenali sebagai condensor adalah komponen yang berfungsi sebagai pemacu lampu signal.

Jika relay mengalami kerosakan, ia boleh menghalang lampu signal daripada berkelip. Ini sama seperti anda membuat pendawaian terus dari bateri terus ke signal tanpa melalui signal terlebih dahulu.

Voltage mentol Signal juga perlu sepadan antara satu sama lain untuk mengelak ralat berlaku.

Bagaimana aturan wiring signal(pendawaian):

Kita mengambil contoh dari wiring Honda untuk pembelajaran disini, harus di ingat warna wayar adalah berlainan mengikut pengeluar contoh Honda, yamaha, suzuki dan lain-lain.

DIAGRAM sistem lampu signal motosikal

video disini: Penerangan ringkas tentang sistem signal motosikal

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Scroll to Top