Spesifikasi Packard 1940: Pertama dengan Aircond Elektrik

Pada tahun 1940, Packard Motor Company memperkenalkan kereta yang membawa inovasi luar biasa ke dalam pasaran automotif: Packard Custom Super Eight One-Eighty (siri ke-18).

semua siri Packard (110, 120, 160, 180) berkongsi rekaan badan yang serupa. Ini termasuklah Packard Custom Super Eight One-Eighty. Walaupun badan mereka serupa, ia menampilkan ciri baru pada kereta yang belum di ketengahkan sebelumnya seperti dilengkapi dengan penyaman udara untuk pertama kalinya dalam sejarah pengeluaran kereta penumpang.

Spesifikasi Packard 1940
1941 Packard 180 Touring Sedan

Kuasa Enjin Packard Custom Super Eight One-Eighty:


Packard Custom Super Eight One-Eighty dilengkapi dengan enjin lapan silinder dalam talian dengan kapasiti 5,830 cc. Enjin ini menghasilkan 160 kuasa kuda, menjadikannya enjin lapan silinder paling berkuasa yang boleh didapati pada tahun 1940. Bandingkan dengan pesaingnya, Cadillac Series 70, yang hanya menghasilkan 150 hp.

Perlukan Maklumat Lain? Ini post kami yang top:

Sistem Aircond Elektrik Pertama:


Seperti yang dilaporkan, Packard Custom Super Eight One-Eighty menjadi terkenal kerana menjadi kereta pertama pada tahun 1940 yang dilengkapi dengan sistem aircond elektrik yang dibuat oleh Bishop & Babcock. Ia adalah fitur tambahan yang ditawarkan Packard dengan kos $275 hingga $310. Sesetengah pula percaya filtur ini tidak dipasang sehingga 1941.

Ciri Kemudahan Power Window:


Kejutan lain dalam ciri kemudahan lain Packard Custom Super Eight One-Eighty adalah pencetus kewujudan power window untuk kereta. Ini adalah salah satu keunggulan yang memberikan keselesaan tambahan kepada penumpang kereta yang belum pernah dirasai sebelum ini.

Sementara terdapat banyak lagi spesifikasi menarik dalam Packard Custom Super Eight One-Eighty, sistem aircond elektrik dan power window adalah dua ciri yang menjadikan kereta ini terkenal pada zamannya. Kehadiran dua inovasi ini membuktikan bahawa Packard sentiasa berusaha untuk memenuhi keperluan dan keselesaan penumpangnya, menjadikannya pilihan yang unggul pada tahun 1940.


Photo: By Jagvar – Own work, Public Domain,

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Scroll to Top