Tanda Coil Magnet rosak yang Jelas pada motorsikal

Tanda coil magnet rosak boleh dilihat melalui beberapa petunjuk, sama ada semasa operasi enjin atau pada nyalaan lampu. Kerosakan coil magnet dalam sistem operasi sebuah motorsikal boleh memberi kesan yang besar kerana coil magnet memainkan peranan penting dalam tiga aspek utama, iaitu menyumbang arus elektrik ke pengapian enjin, nyalaan lampu besar seperti lampu depan dan belakang, serta mengecas bateri.

coil magnet
coil magnet

Pengapian enjin

Pertama sekali, coil magnet dalam pengapian enjin dikenali sebagai Stator Coil. Ia bertanggungjawab untuk menyediakan kuasa elektrik kepada komponen pengapian lain seperti CDI dan Body Coil.

Perlukan Maklumat Lain? Ini post kami yang top:

Sekiranya terdapat sebarang masalah pada coil ini, ia boleh mengakibatkan gangguan dalam operasi enjin. Enjin mungkin berjalan tidak lancar, seperti semput, atau malah enjin tidak dapat dihidupkan.

Nyalaan lampu

Kedua, lighting coil adalah punca kuasa untuk nyalaan lampu besar seperti lampu depan dan belakang. Jika lampu berkelip-kelip atau terpadam secara tiba-tiba, ini menandakan bahawa lighting coil sudah “hangus” atau rosak.

Caj Beteri

Terakhir, coil magnet juga mempunyai fungsi untuk mengecas bateri. Oleh itu, jika terdapat kerosakan pada coil ini, ia boleh menyebabkan masalah bateri yang lemah atau “kong”. Anda mungkin menghadapi masalah mentol cepat terbakar, tiada hon atau signal.

Bagaimana untuk memeriksa coil magnet yang rosak?

Coil magnet rosak boleh digantikan dengan baru dan harganya adalah tidak mahal bagi motorsikal kecil.

Di bengkel, sebelum menukar coil magnet dengan yang baru, mekanik biasanya akan check pendawaian magnet untuk melihat adakah api keluar dari magnet menggunakan cara tradisional atau teknikal.

Jika tiada api pada coil tersebut atau api yang lemah, maka penggantian coil magnet yang baru adalah diperlukan.

mulakan proses memeriksanya anda perlu belajar asas wiring coil magnet<< disini terlebih dahulu.

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Scroll to Top