Showing all 8 results

Senarai motosikal baru yang ada di pasaran Malaysia, motor keluaran terkini dari jenama Honda, Yamaha, Kawasaki, Suzuki, Ducati, Modenas, etc. Anda boleh tahu harga motor baru dan specs motor yang bakal anda beli itu disini.

Sebut harga motor baru Malaysia

Setiap harga motor baru dipaparkan disini adalah harga “recommended” oleh pengeluar masing-masing, bermaksud juga harga yang dicadangkan.

Oleh itu perbezaan harga jualan sebenar mungkin berlaku di kedai-kedai jual motor. *harga adalah tidak tetap, perubahan berlaku tanpa notis*

Bolehkah beli motosikal disini?

Tidak. Buat masa ini kami hanya berkongsi info keluaran motosikal terkini untuk anda, kami tidak menerima bayaran atau tempahan untuk membeli

Ketepatan specs motor

Specs(specification) bagi setiap keluaran adalah tepat sebagaimana diumumkan oleh pengeluar. Anda boleh check juga pada link ada diberikan, oleh itu specs motor boleh di ambil sebagai rujukan sahih.

Cara beli motor baru dikedai syaratnya

Membeli secara ansuran/hutang/loan
1. APPLY LOAN
Beberapa dokumen yang diperlukan untuk diperiksa dulu kelayakan boleh lulus loan atau tidak. Proses semakan boleh ambil masa lebih kurang 5 hari bekerja.Jika tidak bermasalah boleh lulus kurang 2 hari
Dokumen seperti:
  • Salinan Kad pengenalan
  • Salinan lesen memandu
  • Slip gaji 2-3 bln
  • *Bil api atau air rumah
2. BAYAR DEPOSIT
Lepas loan lulus, ada dua cara, nak bayar bank in/online ataupun nak datang kedai. Harga deposit yang diberikan dah termasuk insuran dan roadtax.
*kira-kira contoh
Contah Cara pengiraan sewa dan beli motor untuk motor baru  25% faedah
Harga Motor           Rm8000
Deposit                   -Rm3000
Total Balance          ———-
                                   Rm5000
Balance Rm5000 + 25%  (contoh faedah)
Jadi Rm6250 ÷ 30 bln (contoh tempoh hutang)
6250 ÷ 30
————
Bulanan perlu bayar Rm208.3
3. SIGN AGREEMENT
Perlu datang kedai bayar deposit dan sign agreement.
4. REGISTER JPJ
Perlukan 1-2 hari untuk daftarkan motor dengan pihak JPJ
5. AMBIL MOTOR
Anda akan diberitahu bila motor dah siap dan datang kedai untuk ambil motor anda