Stapler Rapid untuk tukar sarung seat motorsikal

stapler rapid

Sebagai seorang mekanik motosikal, saya mempunyai banyak jugalah pengalaman yang dengan stapler ni. Telah mencuba beberapa jenama stapler murah pada masa lalu, tetapi selalunya menjadi pembaziran wang. Stapler murah akan berfungsi dengan baik untuk tempoh yang singkat saja, tetapi selepas beberapa penggunaan, ia akan rosak, menjadi beli baru berulang kali. Itulah sebabnya saya mengesyorkan untuk …

Read more

rantai motor putus kerana saiz tidak sesuai

Rantai motor putus boleh ditukar ganti dengan yang baru. Tak ada masalah, tapi yang dibimbangkan adalah keselamatan anda. Apa kemungkinan jadi bila rantai putus? Apa punca rantai motor cepat putus Masalah rantai putus adalah jarang berlaku tapi aspek-aspek dibawah perlu awasi Rajin-rajin la ke bengkel untuk check kondisi motor anda(sebulan sekali wajib) Apa saiz rantai …

Read more

Syarat minta kerja jadi mekanik motor

Salam apa kabar anda? Hari ini saya mahu bercerita tentang cara minta kerja jadi mekanik motor,syarat kelayakan apa yang perlu ada pada diri anda untuk menjadi mekanik.Ok,jika anda berniat untuk itu saya akan bagi sikit tip serta penjelasan serba sedikit yang mungkin dapat membantu niat anda itu.

Bagi saya kerja mekanik  adalah paling mudah dapat berbanding kerja lain sebabnya anda tak perlu ada sijil apa-apa untuk mula diterima bekerja di bengkel motor.Tak ada kelayakan yang tetap agar diterima,jika niat anda yang ingin mencari rezeki halal dan tak kisah gaji berapa pun hari ini anda berpeluang cerah mendapat kerja walaupun anda tak tahu apa-apa tentang mekanik.Biasanya yang menjadi yang menjadi halangan adalah diri kita sendiri,contohnya kita mahukan gaji yang tinggi sedangkan kita tak tahu apa-apa..mana boleh !..

kerja seorang mekanik motor

Gaji seorang mekanik motor mengikut kemahiran

Sebagai permulaan elok terima saja berapa bayaran yang ditawarkan oleh taukey bengkel itu asalkan anda dapat mula bekerja disitu.Jujur saya cakap gaji mekanik motor (pomen motor) tidaklah besar,kalau anda mula dari kosong 40- RM50 biasanya dapat diperolehi.

Selepas beberapa bulan kemudian iaitu setelah anda sudah tahu  buat kerja sedikit seperti tukar minyak enjin,tukar tiub tayar,buka pasang coverset (perkara asa) saya pasti gaji anda akan dinaikan.Tapi kerja mesti mau cantik aa..customer tak bising,hari-hari datang kerja,datang awal seperti itu.

Beberapa bulan kemudian,kemahiran mekanik anda semakin bertambah anda sudah kuasai semua bahagian luaran motor,tambahan lagi anda sudah tahu buat servis karburator,servis head blok (top overhaul),buka clutch yaitu anda sudah ada 60% kemahiran mekanik saya katakan adalah layak taukey tu bagi gaji anda dalam 60-80 satu hari..okey kaa?..

mekanik motor berpengalaman

Ok tadi kita cerita tentang gaji permulaan bagi mekanik yang bermula dari kosong (mekanik pemula).Kini katakanlah anda sudah lama berkerja dan kini anda dikatakan sudah ada hampir 100% kemahiran mekanik,bermaksud diri anda sudah tahu buat semua kerja luaran,Servis,overhaul enjin,ejas jari rim,pendek kata kalau taukey tinggal bengkel satu hari pada anda untuk diuruskan..anda tak ada masalah,boleh buat buat semua (kira wang bini taukey la) saya yakin kalau anda kerja area-area Kuala Lumpur adalah senang-senang dibayar $1800 ke atas gaji sebulan.lebih tinggi jika anda bagus dengan customer,buat kerja pun cepat dan cantik,harga barang pun tahu..” lu mau berapa?”..

Selalunya mekanik yang ada pengalaman macam tu taukey sayang.Gaji mahu lebih taukey kasi..cakap saja..haha
Sebabnya mereka ini dikira sudah setaraf taukey dan sudah layak buka bengkel sendiri,jadi saya katakan mana-mana bengkel motor sedia tawarkan kerja untuk mereka.

Kursus mekanik

Satu kelebihan lagi jika hari ini anda sudah memiliki sekeping sijil hasil dari kursus mekanik yang telah tamatkan dimana-mana instutusi kemahiran IKBM contohnya.Kedai motor yang besar-besar(banyak cawangan) ataupun bengkel Superbike mereka lebih membuka peluang kerja kepada anda.Mereka suka ambil pelatih macam ni,macam saya pomen yang tak bersijil ni susah sikit diterima walaupun sudah lama kerja..tak apalah sudah ada bengkel sendiri pun..:)

Tips minta kerja jadi mekanik

Kalau mahu kerja jadi mekanik motor tak perlu tunggu ada lowongan kerja/tawaran kerja yang selalu seperti yang kita tengok ada tampal kat dinding bangunan tu..
WANTED! Pomen Racing..
Dah macam penjenayah filem Cowboy daa..tak perlu tunggu itu,tips mahu mohon dapat kerja cepat,nampak saja ada bengkel motor terus saja berhenti tanya dan kalau boleh cari yang sesak dengan costumer(banyak motor repair).

Ayatnya macam ni ” taukey mau pakai pomen ka? “..itu saja,kalau dijawab ” mahu lo..”..
Nah kira ini peluang anda adalah 80% untuk diterima.Dengan tenang anda perlu menanti soalan kedua pasti menyusul bunyinya lebih kurang macam ni..”lu apa tahu bikin haa..overhaul tahu?”..

Disinilah anda perlu jujur,kalau tak tahu apa cakap saja “saya tahu apa tapi saya mahu kerja”
Jangan cakap “saya semua tahu..tukar tayar,servis karburator,buka enjin overhaul saya tak tahu..” haha baru jadi macam mat bangla aritu (pengalaman)

Gambar mekanik motor syarat kerja jadi mekanik
“Ok maaa..”

Alasannya bila kita menipu nanti bila 2 minggu kerja (proses permerhatian) dia dapat kesan,teruklah anda kena tiu,gaji pun automatik down gred.Tipsnya cakap saja yang benar..

Taukey bengkel ni selalunya dia pun mekanik dan sudah masak dalam dunia mekanik ni,tak boleh mahu tipu ” lu pegang sepana pun gua sudah tahu,lu tahu ka tak tau buat kerja” macam itulah lebih kurang.

Okey harapan saya dengan sedikit penerangan ini harap anda dapat diterima berkerja sebagai mekanik motor dengan mudah..moga ada rezeki anda..pakaian pergi mintak kerja mekanik? Pakai tai,boot kilat maa..ha..ha..

Akhir kata sesiapa yang mahu beriklan jawatan kosong kerja mekanik motor boleh tulis diruangan komen tulis tarikh berakhir tawaran dan contact anda,begitu juga kepada ingin jadi mekanik sila tulis keterangan anda supaya nanti ada taukey sampai ke sini boleh hubungi anda dan jangan lupa share artikel ini supaya diketahui ramai,baik terima kasih-wassalam-

Read more