Yamaha Ego Gear 125 baru

Yamaha ego gear 125 putih

11 November 2021 –  Yamaha EGO Gear 125cc telah dilancarkan, sebagai penerus tradisi model-model skuter Ego terdahulu.

Kini penampilannya lebih anggun dengan beberapa perubahan dilakukan oleh jurutera-jurutera Yamaha yang cintakan gaya terkini dan moden. Ia dilengkapi sepenuhnya dengan pelbagai ciri baharu dan mudah yang direka khas untuk penunggang yang sentiasa bergerak kesana-kesini seperti pelajar, suri rumah, dan anak muda

Ia pantas dan serba boleh, sesuai untuk persekitaran menunggang bandar di mana anda boleh bergerak dengan mudah dalam keadaan trafik yang sibuk

Yamaha EGO Gear baharu menggunakan enjin BlueCore 125cc generasi baharu dengan teknologi Smart Motor Generator (“SMG”) yang disambungkan kepada penunjuk mod Eko yang memberikan tunggangan yang lebih lancar dan bunyi yang lebih senyap untuk pengalaman tunggangan yang menjimatkan lagi berkuasa. Ia juga dilengkapi dengan sistem mula dan berhenti untuk kecekapan bahan api yang lebih baik dalam perjalanan harian anda.

Read more